Tuesday, December 10, 2013

BERUANG DAN DUA ORANG SAHABAT





Satu hari , dua orang sahabat berjalan didalam sebuah hutan, tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor beruang. Seorang dari sahabat tersebut terus memanjat sepohon pokok tanpa memperdulikan sahabat yang seorang lagi.

Sahabat yang tidak sempat lari tadi terus merebahkan diri kebumi dan buat-buat mati. Beruang datang menghampirinya dan terus menghidu dibahagian kepala dan telinganya. Dia menahan nafas dan beruang pergi meninggalkan dia kerana beruang menyangka dia telah mati.


Sesudah beruang beredar jauh, ‘sahabat’ yang bersembunyi diatas pokok tadi turun dan secara bergurau bertanya “Apa yang beruang tadi bisikkan kepada engkau?”

Secara sinis kawan yang hampir dibaham beruang tadi menjawab “ Kata beruang tu pada aku , jangan berkawan dengan orang yang meninggalkan kawan semasa kesusahan dan hanya mementingkan diri sendiri”

Rasullullah S.A.W bersabda:

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” ( Hadis riwayat Al hakim)

Jadilah sahabat yang baik dan carilah sahabat yang setia. Terima kasih.



Quote of the day





No comments:

Post a Comment