Ada beberapa buah negara didunia ini mewujudkan ‘Make A Wish Foundation’ untuk memenuhi permintaan mereka-mereka yang agak sudah tiada harapan untuk hidup. Permohonan permohonan mereka ini agak pelbagai dan ada yang menggelikan , diantaranya untuk menjadi ‘batman’ sehari, nak duduk dirumah yang berhantu, nak jumpa President, nak pergi ke medan perang, memburu di Afrika dan banyak lagi.
Semua perbelanjaan selalunya ditanggung oleh yayasan ataupun derma orang ramai. Oleh kerana mereka ini selalunya sudah dalam keadaan kritikal , mereka akan mati ‘hajat’ mereka tercapai.
Bagi kita orang-orang Islam bagaimana? Adakah permintaan terakhir kita untuk dipandu didalam kereta mewah, atau dipakaikan semula jubah kita menerima ijazah dulu? Atau ditunjukkan penyata bank kita yang agak banyak jumlahnya? Adakah kita meminta dihiburkan oleh artis terkenal buat kali terakhir? Saya rasa tidak begitu.
Kalau sayalah dalam saat-saat akhir hayat, tentulah saya gelabah atas amalan-amalan saya yang tidak cukup :
1. Saya akan bersolat taubat tak henti-henti . Maklumlah banyak dosa yang telah dilakukan.
2. Akan mengkadokan amalan yang tertinggal.
3. Akan membaca Qur’an sebanyak mungkin , sekarang ni jarang sangat baca Qur’an.
4.Nak puasa sunat selalu
5. Nak solat sunat sebanyak mungkin
6. Nak minta maaf pada mereka yang saya sudah lakukan dosa.
7. Nak mendermakan duit-duit yang ada sedikit.
8. Nak solat berjemaah , tak henti-henti
9. Nak buat kerja-kerja sukarelawan saperti membersihkan mesjid dan tandas kemudahan awam.
10. Nak menghadiri kuliah agama tiap-tiap hari.
Saya juga akan meninggalkan segala larangan Allah saperti melihat maksiat, mendengar maksiat. Bersangka buruk , membaca berita-berita yang tidak benar dalam akhbar dan sumber-sumber lain.
Pendek kata, senarai melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan ini boleh berterusan sampai beberapa jam lagi ditulis tetapi mengapa kita tunggu saat-saat akhir hayat kita baru nak lakukan semua ini?
Saya menyeru diri saya dan pembaca semua, kita lakukan semua ‘PERMINTAAN TERAKHIR’ kita ini ‘SEKARANG’ . Jangan tangguh lambat=lambat , nanti nyawa diambil Malaikat!
Terima kasih atas masa yang anda luangkan membaca celoteh saya, tapi kalau diamal dan disampaikan pada orang lain , In shaa Allah anda juga akan diberi Allah ganjaran.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment