Thursday, December 12, 2013

SALURAN TERSUMBAT





Semalam dan hari ini saya dengan beberapa pekerja Indonesia menguruskan masalah saluran air dari atap suarau tersumbat. Banyak masalah kebelakangan ini telah timbul , diantaranya:

1. Dinding surau bercendawan di beberapa tempat kerana lembab.

2. Setiap kali air bertakung, bekalan letrik akan terputus (trip)

3. Saliran yang mengalirkan air dari bumbung tidak berfungsi atau mengalirkan terlalu sedikit air hujan.



Alhamdulillah sesudah dua hari dan beberapa saluran terpaksa dipecah. Beberapa tindakan lanjut akan dilakukan  sebagai langkah preventif (berjaga-jaga).

Tetapi kalau hati sudah tersumbat (kotor) ia bukanlah satu perkara mudah untuk di selesaikan , ia mungkin memakan masa berbulan atau bertahun. Di antara tanda-tanda hati yang kotor ialah:



1. Gelisah walaupun tiada masalah.

2. Selalu bangga diri.

3. Angkuh dan pandang hina orang lain.

4. Sombong dan bongkak.

5. Selau mencari kelemahan orang dan menyebarkannya.

6. Suka mengumpat.

7. Gembira dengan kegagalan orang lain.

8. Lidah tajam dan suka menyakitkan hati orang.

9. Berlagak dan suka dipuji.

10. Menyampaikan ilmu dengan riak.

11. Menganggap diri lebih hebat dari orang lain.

12. Berpakaian elok untuk dipuji.

13. Derhaka kepada dua ibu bapa.

14. Talam dua muka.

15. Suka menjatuhkan orang dengan kuasa yang dimiliki.

16. Solat yang tidak khusuk.

17. Selalu mencari salah orang.

18. Cinta kepada dunia dan materialistic.

19. Mudah sangka buruk terhadap orang lain.

20. Membesar-besarkan perkara kecil.

21. Suka mendengar gossip dan banyak ciri-ciri negatif yang lain.

Sama-samalah kita menjauhkan diri dari perkara-perkara tersebut dan jika terbuat, segerakan bertaubat, mudah-mudahan hati kita tidak tersumbat (kotor) lagi.

Terima kasih.



Quote of the day



No comments:

Post a Comment