Sunday, December 15, 2013

MEMANCING DAN MENJALA IKAN





Pagi tadi saya dan seorang kawan pergi ke Pulau Indah untuk memancing dan menjala ikan . Setiba disana lebih kurang pukul 11 pagi , kami letakkan kereta dibahu jalan dan meredah sedikit hutan untuk sampai ke pantai.



Sesampai dipantai, cuaca sudah mula panas. Tiada pokok yang melindungi kami.Pantai berpasir dan bahang panas mula terasa. Walaupun pada mulanya kami teruja mendapat banyak ikan, tapi lama kelamaan masing-masing sudah mula terasa letih dan azab perit matahari. Topi pula lupa nak bawa.



Semasa berhenti solat zohor , saya solat diatas pasir dan dibakar oleh cahaya matahari dari atas, saya teringat peristiwa qiamat dalam hadis Rasullullah S.A.W bermaksud : 





“Dari Miqdad bin al Aswad r.a katanya : Aku ada mendengar Rasullullah S.A.W bersabda :

"Didekatkan matahari pada hari qiamat kepada makhluk-makhluk sehingga matahari itu menjadi dekat kepada mereka sejarak satu jengkal daripadamu, maka pada saat itu manusia berada dalam peluh masing-masing mengikut kadar amal jahatnya, ada diantara mereka yang peluhnya sampai kemata kakinya, ada yang sampai kelututnya , ada yang sampai kepinggangnya dan ada yang sampai peluhnya masuk kemulutnya” .( Muslim dan Tirmizi)

Tak lama kemudian saya mengajak kawan saya balik kerana tidak tahan menahan kepanasan dipantai tersebut. Bagaimana dengan kepanasan dihari qiamat dimana kita tidak ada tempat untuk pulang kemana-mana. Terima kasih kerana berfikir.



Quote of the day




No comments:

Post a Comment