Saturday, August 23, 2014

JAMUAN RAYA LAGI




Jamuan Raya bertambah hebat bila Syawal hampir berakhir.Semalam saya sempat pergi ke dua buah rumah sahaja, tetapi merata-rata kelihatan ramai yang mengadakan jamuan tersebut di taman masing-masing. 

Jamuan sedap-sedap belaka hingga hari ini sakir seluruh badan, terlalu banyak makan agaknya. Sebagai ualangkaji, saya tuliskan sedikit tentang perkara sunat semasa makan :

1. Basuh kedua tangan.

2. Hamparkan kain atau lapik meja.

3. Baca Bismillah.

4. Makn dengan tangan.

5. Mula dengan makanan yang hampir dengan anda.

6. Makan dengan tiga jari kalau boleh, ini memudahkan penghadaman dan mengelakkan dari tercekik.

7. Makan hingga pinggan licin, jangan membazir.

8. Makan juga makanan yang terjatuh ke lapik meja.

9. Jangan mencela makanan.

10. Jangan meniup makanan.

11. Jangan bersandar semasa makan.

12. Baca doa selepas makan.

13. Bersihkan mulut. Berkumur-kumur.

14. Basuh tangan sesudah makan.

Untuk sedikit penambahan tentang cara pemakanan di musim Raya , ikuti petikan dari Rancangan TV3 berikut – Wanita Hari Ini :



Terima kasih kerana sama-sama mencari kebaikan di dunia sebagai persiapan kita di Akhirat nanti. Sebarkan sebanyak mungkin.









No comments:

Post a Comment