Dalam TV dan wayang gambar
kita melihat bagaimana gadis-gadis menggoda lelaki, hingga terdirinya rumah
tangga yang indah dan bahagia. Satu kisah cinta yang begitu romantic, tetapi
hakikatnya , di Malaysia sahaja pada tahun 2009 berlaku penceraian setiap lima
belas minit di kalangan umat Islam dan bilangan ini bertambah dari tahun ke
tahun.
Oleh itu , untuk penerusan
kebahagiaan rumah tangga , isteri-isteri di nasihatkan supaya terus menggoda
suami , diantara tips-tipsnya adalah :
1. Sentiasa berhias.
2. Menyenangkan . Mudah
bergurau.
3. Pandai mendahulukan suami
dan menghormati pandangannya.
4. Bersikap sederhana ,
jangan meminta sesuatu di luar kemampuan suami.
5. Memanjakan suami saperti
memotong kuku, sediakan air dan lain-lain.
6. Bijak berkomunikasi ,
tidak terlalu menekan ( membebankan )
7. Jangan terlau ‘busy body’
8. Jangan bandingkan suami
anda dengan suami orang yang lebih kaya.
9. Pandai jaga diri semasa
keluar rumah , jaga maruah suami.
10. Bersama suami semasa
susah dan senang.
11. Yang paling penting ,
sentiasa tambah ilmu dan amalkan sepenuhnya . Islamlah penyelamat
segala-galanya.
Terima kasih kerana bersama
saya hari ini. Kalau di izinkan Allah kita cerita pula cara suami menggoda
isteri di hari mendatang. Selamat ‘menggoda’.
No comments:
Post a Comment