Sebahagian besar punya
maksiat bermula dari mata. Oleh itu Allah memperingatkan orang-orang yang
beriman supaya mengawal pandangan mata. Surah An Nuur ayat 30-31 bermaksud :
“Katakanlah kepada orang
laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya , dan memelihara
kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka . Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat, Katakanlah kepada wanita yang
beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.”
Selain dari itu , ciri-ciri
mata yang dicintai Allah ialah:
1. Mata yang berjaga malam
kerana Allah.
2. Mata yang memerhati dan
memuji Allah.
3. Mata yang menitiskan air
mata kerana takutkan kebesaran Allah.
4. Mata yang sentiasa
menahan dan bersabar apa yang dilarang Allah.
5. Mata yang sentiasa
berusaha kearah melaksanakan perintah jihad dijalan Allah.
6. Mata yang memandang
mereka yang miskin dengan penuh kehormatan dan kasih sayang.
7. Mata yang memandang dan
membaca al Quran serta mengambil pengajarannya lalu diamalkan.
Sama-samalah kita berusaha
dan berdoa semoga mata kita tergolong mata yang dicintai Allah. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment