Ramai ibu bapa sekarang
dikatakan sekadar menternak anak. Bagi makan , pakai dan hantar sekolah sekadar
di latih membaca dan mengira. Hasilnya ramai pelajar-pelajar sekarang yang
terjerumus ke dalam maksiat kerana tidak ada kekuatan keimanan untuk menahan
diri dari godaan nafsu dan syaitan.
Bagi ibu bapa , tugasan
mendidik anak adalah dua puluh empat jam sehari dan tujuh hari seminggu. Itupun
belum pasti anak kita akan menjadi
manusia yang sempurna. Walau bagaimanapun tugas kita adalah berusaha dan Allah
memberi . Berikut beberapa tips mendidik anak-anak semasa mereka kecil.
1. Baca Quran dihadapan
anak-anak walaupun mereka masih bayi.
2. Solat juga dihadapan
mereka pada awal waktu.
3. Jangan terlalu
mengongkong atau terlalu berkeras dengan mereka . Amalkan kesedehanaan.
4. Jika anak meragam atau
melawan bawak bertenang.
5. Jadikan anak-anak sebagai
kawan. Dapatkan keyakinan mereka untuk meluahkan perasaan.
6. Layan semua anak-anak
dengan adil dan sama rata.
7. Sedikit kesilapan tidak mengapa
, mereka masih anak-anak lagi.
8. Amalkan akhlak Islam
dihadapan anak-anak. Tidak membohong . Bercakap dengan lemah lembut dan suka
menolong orang lain.
9. Selalu berbual dengan
mereka.
10. Semaikan sebanyak
mungkin nilai-nilai murni saperti sabar, penyayang, rajin ikhlas, mengikut
perintah dan lain-lain.
11. Tunjukkan kasih sayang
anda pada mereka.
12. Bincang bersama jadual
seharian mereka.
13. Jangan terlalu memenuhi
permintaan mereka. Didik mereka bersabar dan tidak mendapat segala perkara yang
mereka pinta.
14. Sentiasa berdoa bagi
mereka selepas solat dan waktu-waktu lain yang tertentu. Salah satu doa yang
amat makbul ialah doa ibu bapa untuk anak-anak mereka.
Kalau anda belum ada anak,
sebarkan tips ini kepada keluarga , jiran dan kawan-kawan kita yang
memerlukannya. Terima kasih atas kesudian anda bersama saya.
No comments:
Post a Comment