Ukhwah Islamiyyah bolehlah
difahamkan sebagai ikatan jiwa yang melahirkan kasih sayang dan penghormatan
mendalam yang di tautkan ikatan akidah Islam, iman dan taqwa. Ramadhan baru ini
saya berkenalan dengan seorang Finland beragama Islam. Kerap berjumpa semasa
solat , di teruskan dengan perjumpaan Raya dan semalam dia balik ke Finland
dengan perpisahan yang amat berat rasanya.Itulah perasaan Ukhwah Islamiyyah
yang terjalin walupun dalam masa tiga minggu sahaja. Dia juga menghadiakan saya
jubah , buku dan minyak wangi.
Di antara cara-cara untuk
merapatkan Ukhwah Islamiyyah adalah saperti berikut :
1. Beritahu yang kita
sayangkan sahabat kita itu.
2. Doa dan mendoakan semasa
berpisah.
3. Sentiasa senyum bila
berjumpa
4.Bersalaman, kecuali wanita
yang bukan mahram
5. Sentiasa berhubung /
berkomunikasi.
6. Bertukar-tukar hadiah
7. Sentiasa memahami dan
membantu
8. Memberi hak masing-masing
9. Selalu mengucapkan
tahniah bila perlu
Kalaulah ciri-ciri ini dapat
diamalkan selalu, sudah pasti Ukhwah Islamiyyah kita terjalin, sama ada sesama
jiran , kawan atau sahabat dari luar negara.
Terima kasih kepada waktu
anda dan harap sampaikan kepada sahabat lain.
No comments:
Post a Comment