Ramai orang bertanya apa
sibuk-sibuk ajak solat berjemaah. Sama saja dengan solat di rumah ,
sorang-sorang.Mana boleh sama! Pakej Astro
yang RM 40 mana sama dengan RM 100 , sebagai contoh. Pakej Astro yang mahal tu
anda boleh tengok 24 jam , masih tak habis cerita.
YANG UTAMA : Rasullullah SAW
telah beri warranty “Solat berjemaah itu lebih afdhal ( baik ) daripada solat
bersendirian dengan 27 kali darjat” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
Warranty ini bukan saja International
, tapi laku dunia dan akhirat. Lagi pun bila kita pergi ke Mesjid atau Surau untuk
solat berjemaah kita mudah untuk melakukan perkara-perkara yang berikut :
1. Solat sunat Rawatib
2. Membaca Al Quran
3. Zikir
4. Sedekah
5. Majlis ilmu
6. Berukhwah dan
silaturrahim
7. Dapat berita masyarakat
sakit atau meninggal
8. Buat networking
9. Dapat bergotong royong
membersih Mesjid
10. Berpeluang untuk
mengetahui kelas pengajian untuk anak-anak dan isteri.
11. Memudahkan pengurusan jenazah jika ada kematian ahli keluarga atau
kita sendiri.
Banyak lagi yang terdapat
dalam ‘offer’ pakej berjemaah ini, di samping pahala perjalanan dan ujian
semasa ke Mesjid. Ambillah peluang ‘pakej’ ini , nikmatnya akan anda rasai di
dunia lagi ,InshaaAllah .
Terima kasih atas perhatian
anda.
No comments:
Post a Comment