Adalah perkara biasa di
sekolah-sekolah kereta guru-guru di calar, di buang angin tayar , di sapu
dengan cat malah dipecahkan cermin. Inilah keperibadian remaja sekarang yang
amat terhakis. Oleh itu adalah tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk membina
dan menggilap keperibadian anak-anak sejak kanak-kanak di rumah lagi. Di antara
perkara yang perlu di tekankan ialah:
1. BUKAN SETAKAT MENASIHATI
SAHAJA. Tunjukkan contoh keperibadian yang mulia dalam pergaulan sekeluarga
seharian.
2. JADILAH MODEL TERBAIK.
Anak-anak akan melihat perbuatan , percakapan dan cara kita berinteraksi dengan
dunia . Inilah cara pembentukan keperibadian mereka.
3. HATI-HATI DENGAN APA YANG
KITA HIDANGKAN KEPADA ANAK-ANAK . TV, Radio , bahan bacaan , musik amat mudah
mempengaruhi anak-anak. Tapis bahan-bahan tersebut , terutama di rumah.
4. AJARKAN KEPERIBADIAN
MUSLIM . Sebagai orang Islam kita banyak memiliki contoh dan petunjuk dari Al
Quran , Hadis dan keperibadian Rasulullah SAW .
5. GUNAKAN PERKATAAN YANG
POSITIF SAHAJA . Anak-anak saperti ‘ECHO’ . Apa yang kita laungkan itulah yang
kita dapat semula.
6. SEMAIKAN PERASAAN SIMPATI
TERHADAP ANAK-ANAK. Ajak mereka merasai masalah dan kesusahan orang lain.
7. AJARKAN MEREKA ERTI
BERSYUKUR.
8. PERKENALKAN KONSEP AKIDAH
DARI UMUR ANAK-ANAK SEAWAL MUNGKIN.
Semua perkara diatas hanya
akan mampu dilakukan jika anda selalu berdamping dengan anak-anak. Oleh itu
satu pengorbanan yang anda perlu lakukan ialah meluangkan masa sebanyak mungkin
bersama mereka. Tidak ada jalan pintas.
Terima kasih . Berkorbanlah
untuk keperibadian anak-anak kerana kita akan ditanya atas amanah Allah yang
amat berharga ini.
No comments:
Post a Comment