Rata –rata bila saya pergi
di kawasan kawasan perumahan di Selangor atau di mana saja di Malaysia, saya
akan ternamapak pasu-pasu bunga tersusun di sudut taman kerana tidak di pakai
lagi. Kadang-kadang kelihatan pokok-pokok yang sudah mati, tanah hitam yang
sudah terbiar. Mungkin tuan rumah telah bosan tanaman tak menjadi atau apa-apa
sebab yang lain.
Di sini di turunkan sedikit
tips menanam pokok bunga supaya berjaya , Inshaa Allah.
1. Ketahui pokok anda . Buat
sedikit penyelidikan – majalah, akhbar atau internet begitu mudah di akses
sekarang.
2. Pastikan pasu cukup besar untuk pokok anda.
3. Letakkan di tempat yang
cukup cahaya matahari.
4. Siram sekerap mungkin.
5. Baja mengikut keperluan.
6. Cantas ( pruning ) dahan
atau akar mengikut jadual.
Rahsia untuk bunga Ros :
1. Tanamkan kulit pisang di
keliling pokok Ros sebagai sumber potassium.
2. Gunakan kulit telur yang
di tumbuk sebagai nutren tambahan.
3. Jauhkan serangga atau
binatang musuh pokok dengan menggunakan buih sabun.
4. Gunakan ‘duit syiling’
untuk menkutkan lintah bulan.
Banyak lagi kaedah yang
boleh digunakan untuk menyuburkan taman anda. Bagi saya yang tidak berapa rajin
ini, saya cuma siram pokok-pokok dengan air dari kolam ikan ditaman saya di
tambah dengan doa. Alhamdulillah pokok-pokok sentiasa subur.
Terima kasih dan selamat
mencuba.
No comments:
Post a Comment