Saturday, September 13, 2014

TIGA ORANG BUTA




Pagi tadi semasa menunggu isteri dalam kereta saya ternamapak tiga orang buta turun dari bas. Oleh kerana jalan agak sibuk saya berkejar membantu mereka . Rupa-rupanya bas itu pun terlajak jauh saya pimpin mereka ke tempat mereka bekerja.

Dalam perjalanan , mereka begitu ceria. Tidak menunjukkan sesalan atau keluhan sesekali mereka menasihati saya , jangan ambil ‘short cut’ , kita kekanan di simpang depan sana, berhenti depan bank itu dan lain-lain. Tiba-tiba mereka ketawa besar , rupa-rupanya orang yang ketiga terpijak slipper yang kedua sampai tercabut.

Bila saya duduk keseorangan , saya teringat semula kepada tiga orang buta tadi . Saya cuma beberapa minit bersama mereka . Tetapi mereka berpuluh tahun hidup demikian. Kita doakan mereka tergolong dalam Hadis Qudsi , Rasullullah SAW bersabda :

“Allah berfirman : Siapa yang aku hilangkan kedua matanya lalu bersabar dan mengharap pahala, maka aku tidak redha memberi pahala kepadanya selain Syurga” ( HR Tirmidzi – Shahih )

Terima kasih pada anda atas menggunakan nikmat Allah dijalan yang benar.








No comments:

Post a Comment