Pernah kah anda bercinta ?
Pernahkah anda melihat orang mabuk cinta ? Pernahkah anda melihat filem-filem
cinta ?
Walau apapun jawapannya ,
kita sama-samalah memohon keampunan dari Allah , kerana kebanyakan cinta
didunia ini akan terkait dengan dosa. Ampuni kami Ya Allah.
Sekarang sama-sama kita
berusaha supaya di cintai Allah. Jika Allah mencintai kita . sudah pasti
ganjarannya adalah SYURGA.
Diantara cara untuk dikasihi
Allah adalah saperti berikut :
1. Jauhi apa yang di larang
Allah.
2. Bacalah Al Quran dan
perhatikan maksudnya.
3. Menunjukkan manusia
kepada amalan yang baik. Setiap kebaikan yang mereka lakukan Allah akan memberi
kita ganjaran yang sama ( maksud Hadis )
4. Mengajak kepada kebaikan melarang
manusia melakukan kemungkaran.
5. Sentiasa berdoa kepada
Allah .
6. Mengahwini seseorang
kerana agamanya (Islam )
7. Mendidik anak-anak
menjadi soleh dan solehah.
8. Mempunyai akhlak dan
keperibadian yang baik . Mereka ini akan berdamping rapat dengan Rasullullah
SAW di akhirat nanti.
9. Banyak melakukan
solat-solat sunat.
10. Taat
dan menghormati ibu bapa.
11. Berjihad di jalan Allah.
12. Sentiasa mengingati
Allah.
13. Bercakap benar.
14. Selalu bersedekah
15. Terus menerus
mempelajari ilmu untuk bekalan di akhirat. Jika manusia mencontohi kita dan
melakukan amalan dan kebaikan yang sama , Allah tetap menambah ganjaran
terhadap kita .
Saya yakin anda sudah tidak
sabar untuk mendapatkan cinta dari Allah . Terima kasih dan segerakan beramal
soleh.
No comments:
Post a Comment