Marah adalah satu sifat yang ada pada setiap
manusia normal. Marah perlu ada dan jika digunakan dengan betul ia banyak
mendatangkan kebaikan . Umpamanya , marah pada anak-anak kita yang tidak
menunaikan kewajipan agama. Marah kalau keluarga melakukan dosa. Marah kalau
Islam di hina.
Tetapi bagi ‘marah’ yang negatif
pula , ia perlu di bendung dengan segera. Diantara caranya adalah saperti
berikut :
1. Berwudhuk.
2. Baca “Aku berlindung dari
syaitan yang di rejam”
3. Buat kerja-kerja yang
melibatkan fizikal.
4. Maafkan mereka yang
bersalah , mudah-mudahan Allah mengampunkan kita.
5. Jika kemarahan terus
meningkat , awas, bencana saperti penceraian , pergaduhan mungkin berlaku.
6. Jangan bergerak sehingga
anda tenang.
Peringatan :
Semasa anda gembira jangan
berjanji. Semasa marah jangan buat keputusan . Ingatlah Allah sentiasa
memerhatikan gerak geri kita. Terima kasih atas waktu anda.
No comments:
Post a Comment