Friday, September 12, 2014

TOLONG MENOLONG




Hari ini hari Jumaat . Lutut saya sakit. Tak boleh pandu kereta. Jadi saya berazam untuk berjalan kaki ke mesjid, lebih kurang dua kilometer. Sebaik saya memulakan perjalanan, baru enam atau lapan langkah, terdengar bunyi ‘horn’ kereta. Seorang sahabat melambai pada saya supaya menaiki keretanya ke mesjid.

Maka berebut-rebutlah kita membantu sesama manusia , kerana janji Allah dalam satu Hadis bermaksud :
“Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin , pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari Kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya didunia dan akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang Muslim , pasti Allah akan menutupi aibnya didunia dan akhirat.Allah sentiasa menolong hambaNya  selama hambaNya itu suka menolong saudaranya” ( HR Muslim )

Terima kasih kerana memberi saya dorongan menulis dengan terus membaca blog yang tidak seberapa ini. 









No comments:

Post a Comment