Isnin lalu pergi mengikut
seorang kawan menjala ikan di satu bekas lombong di Kelana Jaya. Oleh kerana
hujan kami menjala di bawah jalan raya bertingkat. Alhamdulillah banyak juga
tangkapan petang itu.
Di bawah jambatan kelihatan
bekas tempat tinggal ‘orang orang jalanan’ atau apa yang dikatakan sebagai ‘gelandangan’.
Kelambu buruk, bantal buruk, cermin pecah itulah sebahagian dari peralatan
mereka.
Syukur Ya Allah , betapa mewahnya kita jika
dibandingkan dengan mereka . Tetapi bagaimana kita perlu betul-betul berterima
kasih kepada Allah.
Mengikut Ibnu Qayyim , kita
mesti ada sekurang-kurangnya lima ciri di bawah:
1.Mesti betul-betul menyerah
pada Allah .
2. Mesti mengasihi
penciptanya Allah
3. Mesti mengenali rahmat
Allah terhadapnya.
4. Mesti sentiasa memuji
nikmat-nikmat yang Allah telah kurniakan.
5. Tidak menggunakan nikmat
Allah kepada sesuatu yang dibenci Allah
Kita ikuti video ‘Syukur’
oleh Sheihk Yusuf Hamza:
Syukur Ya Allah atas segala
nikmatMu dan terima kasih atas waktu anda mengikuti maksud ‘Syukur’ pada hari
ini.
No comments:
Post a Comment