Petang tadi saya di fahamkan oleh seorang penuntut tingkatan 5 yang kawan dia ( seorang Islam ) ingin mengambil subjek elektif pengajian Bible . Alhamdulillah guru penuntut tersebut telah menasihati penuntut itu supaya tidak meneruskan hasratnya.
Apa dah jadi kepada umat Islam zaman sekarang ? Agama sendiri pun belum habis di pelajari sudah minat dengan agama lain. Saya harap kita perhatikanlah anak anak kita supaya gejala tukar agama tidak menjangkiti keluarga kita. Kalau semua kita melaksanakan amar makruf nahi mungkar secara serius insyaAllah Allah akan memelihara kita semua.
SPM... kadang-kadang dalam keghairahan mengejar sekeping certificate kita lupa bahawa ada pencapaian yang lebih penting dan bererti. Sama-sama kita mengingati diri kita,anak-anak,ibubapa dan guru-guru agar lebih berhati-hati. Masa saya ambil MCE dulu subjek Pendidikan Islam setara dengan Pendidikan Seni. Mula-mula saya ambil pendidikan seni, entah macam mana last minute tukar ambil pendidikan ISlam. Saya tak skor pendidikan Islam berbanding kalau saya ambil pendidikan seni. Tapi Alhamdulillah kelulusan itu tercatat sepanjang hayat. Cuma saya kesal, tak ada orang advice pun pada masa tu tentang pentingnya ambil pendidikan Islam. Pelajar adalah kain yang putih... semua pihak patut berusaha sedaya upaya mencorakkan mereka. SPM penting tapi bukanlah segalanya...
ReplyDelete