Di zaman yang serba moden
ini, berbagai peralatan telah dicipta untuk mengesan sebarang kerosakan, kesakitan,
kepalsuan dan barang-barang yang di sembunyikan hinggakan ada satu alat ‘LIE
DETECTOR’ digunakan untuk mengesan sama ada seseorang bercakap benar atau tidak.
Macam mana dengan hati? Kalau
hati lembu kita masak dan makan sahaja , sudah tahu sedap atau tidak.
Untuk mengetahui hati
manusia hati kita keras atau tidak lihat pada petanda berikut :
1. Malas melakukan ketaatan
dan amal kebajikan. Firman Allah bermaksud :
“Dan mereka tidak mengerjakan
solat, melainkan dengan malas dan tidak ( pula) menafkahkan ( harta) mereka
melainkan dengan rasa enggan” ( At Taubah :54 )
2. Tidak tersentuh oleh
ayat-ayat Al Quran
3. Tidak tersentuh dengan
ayat Kanniyah , Peristiwa yang memberikan pengajaran saperti kematian , sakit ,
bencana dan sapertinya.
4. Berlebihan mencintai
dunia dan melupakan akhirat.
5. Kurang mengagungkan Allah
. Iman bertambah lemah . Tidak mengenal maaruf, serta tidak peduli terhadap
kemaksiatan.
6. Kegersangan hati. Selalu
gundah terhadap segala keadaan.
7.Kemaksiatan berantai. Melakukan
dosa demi dosa hingga susah untuk melepaskan diri.
Terima kasih atas perhatian
dan selamat berpuasa.
No comments:
Post a Comment