Sunday, July 13, 2014

SEPOUND ( LB ) MENTEGA




Setiap hari seorang petani menjual satu paun ( lb) mentega kepada pembuat roti di satu pekan. Atas dasar persahabatan pembuat roti tidak pernah menimbang mentega tersebut.

Satu hari pembuat roti menimbang mentega petani itu dan didapati ia tidak mencukupi satu paun ( lb) . Pembuat roti begitu marah dan membawa hal tersebut kepada pengadilan. Apabila Hakim bertanya “Kamu tidak adakah peralatan menimbang”

Petani menjawab “Tidak” , tetapi sambung petani “saya ada cara tersendiri untuk menimbang mentega tersebut. Saya imbangkan mentega saya dengan roti satu paun ( lb) yang di jual oleh pembuat roti itu. Jadi , roti yang di jual oleh pembuat roti itu pun tidak cukup satu paun (lb) kerana ia seimbang dengan mentega saya”



PENGAJARAN:

Kita selalu nampak kesalahan orang lain, tetapi kita tidak pernah meneliti (muhasabah) kesalahan diri kita sendiri.









No comments:

Post a Comment