Friday, July 18, 2014

SURAH LEMBU VS SURAH GAJAH




Satu hari dalam usaha seorang sahabat untuk melakukan kebaikan , dia mengajak sahabat lain untuk solat berjemaah. 

Pada solat Isyak tersebut , Imam telah membaca surah ‘Al Baqarah’ . Pemuda yang baru berjinak dengan solat berjemaah itu terasa resah dan terseksa kerana surah tersebut terlalu panjang. Sesudah solat dia bertanya kepada kawannya. “Surah apa yang di baca Imam tadi?” “Surah ‘Al Baqarah’ atau pun surah ‘LEMBU BETINA’”

Keesokkannya, waktu subuh mereka berjanji akan mendengar surah yang dibaca Imam sebelum memutuskan mengikut solat berjemaah atau pulang sahaja. Kemudian Imam membaca :



Bila ayat pertama di baca, sahabat baru berjemaah itu bertanya ; “Ini surah apa?” Jawab sahabat “ Ini Al Fil – surah GAJAH” . Sahabat yang trauma dengan surah panjang semalam berkata “Kalau surah LEMBU sudah cukup panjang , ini pulak surah GAJAH” . Mereka lari keluar dari Mesjid.



Itulah gejala orang tidak berilmu. Terima kasih.







No comments:

Post a Comment