Wednesday, July 2, 2014

CERGAS DI BULAN RAMADHAN





Kita tidak dapat mengelakkan perasaan lemah, letih dan mengantuk di bulan Ramadhan. Walaupun itu diantara sebab-sebab dijadikan Ramadhan untuk kita merasai kesusahan yang dialami orang lain, tapi kita boleh mengurangkan keletihan tersebut. Diantara tips pemakanan Ramadhan yang baik diikuti adalah saperti berikut :

1. Banyakkan minum selepas berbuka dan sebelum sahur, 2.5 liter untuk lelaki dan 2 liter bagi perempuan.

2. Berbuka dengan perlahan , jangan makan dengan gopoh dan banyak sekali gus. Mulakan dengan yang manis saperti kurma. Ikuti dengan yang panas atau suam saperti sup dan jus buah buahan.

3. Makan ikut khasiat , bukan ikut sedap. Imbangkan makanan anda.

4. Elakkan makanan yang banyak garam atau terlalu banyak gula .

5. Riadah. Lakukan senaman ringan dimana yang sesuai.

Hati-hati di bulan suci, jangan makan sampai pengsan.

Terima kasih.








No comments:

Post a Comment