Thursday, December 31, 2009
Ikan Belacak
Wednesday, December 30, 2009
Formula SATU-d
Formula SATU-d ? Bukan Formula One? Tidak. Hari ini kita tidak berbicara tentang Formula One yang mengejar rekod kelajuan, kepantasan dan glamour, tapi akan berbicara tentang formula yang menjadi impian setiap manusia, iaitu formula yang mencari ketenangan dan kebahagiaan, Insya-Allah. Formula ini amat unik kerana ia boleh diamalkan sesiapa, sama ada orang golongan berada atau golongan yang biasa-biasa sahaja.
Tuesday, December 29, 2009
Selembut hati batu
Semalam saya terjumpa seorang sahabat yang baru balik daripada menunaikan fardhu haji. Beliau yang juga seorang ustaz memberitahu kepada saya, jika kita perhatikan puncak gunung-gunung di Mekah dan Madinah, semuanya tidak tajam. tumpul seperti permukaan tempurung. Ini kerana gunung-gunung itu menghormati tanah suci Mekah dan Madinah.
Monday, December 28, 2009
Ciri-ciri ibu bapa yang membina keyakinan anak-anak

Sunday, December 27, 2009
Itik yang disiplin
Terdapat beberapa kali semasa saya solat di surau atau di masjid kedengaran kereta-kereta yang lalu-lalang di luar membunyikan hon mereka dengan kuat tanda marah. Sesudah solat kita dapat melihat rupa-rupanya banyak kereta-kereta "jemaah" yang tidak tersusun betul, menghalang aliran kenderaan di jalan raya. Yang lebih menyedihkan lagi ada kereta-kereta jemaah yang menghalang rumah jiran dan persimpangan keluar masuk. Bukankah kita sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain, bukankah umat Islam sepatutnya lebih baik dari orang lain. Bukankah kita sepatutnya menjadi contoh dalam semua aspek kehidupan. Kalau kita tidak memperbetulkan tabiat-tabiat negatif ini, bertambah susahlah kita untuk dijadikan ummah contoh. Tolong, lain kali kita datang awal berjemaah supaya dapat menyusun kereta dengan sempurna dan dapat mencontohi perbarisan ibu dan anak-anak itik yang lebih disiplin daripada kita. Pahala iktikaf pun dapat lebih kepada mereka yang datang awal. Sekian.Saturday, December 26, 2009
Juruwang yang jujur
Friday, December 25, 2009
Tebu berperisa peria, Manusia berperangai....
Beberapa bulan lalu, saya ternampak batang-batang tebu
dibuang di tepi jalan . Tebu-tebu itu kemudian saya tanam di taman surau, sekarang, sesudah beberapa lama tebu itu sudah matang dan sedia untuk dimakan. Tapi saya terperanjat bila memakan tebu itu. Manis tak manis. Masam tak masam. Pahit tak pahit. Yang pasti, rasanya tidak berasa tebu. Jasadnya tebu, rasanya peria. Dimana silapnya. Baja tak cukup. Tanah tak gembur. Air tak disiram. Ulat menyerang atau apa?
Thursday, December 24, 2009
Berapa "A" nak masuk syurga?

Hari ini diumumkan keputusan Peperiksaan PMR . Ada yang menangis kerana gagal. Ada yang menangis kerana terlalu gembira mendapat keputusan yang amat cemerlang, dan ada yang tak menangis dan tak kisah apa-apa pun. Memang naluri manusia suka kepada kejayaan. Tapi apa yang amat mustahak lagi ialah siapkan diri kita dan anak-anak kita dengan kejayaan yang abadi. Kejayaan di akhirat dan hadiah yang akan diterima akan kekal selama-lamanya-SYURGA. Keputusan yang kita patut matlamatkan ialah "A" bagi semua subjek di bawah:
Wednesday, December 23, 2009
Kasihnya ibu
Tiga minggu yang lalu, sesudah beberapa lama diganggu oleh tikus, saya memasang perangkap, dan keesokannya terus mendapat hasil... Seekor tikus montel. Seluruh pagi saya berfikir bagaimana nak membunuh tikus tersebut. Tengah hari apabila menghampiri tikus itu, dia semakin garang, cuba menggigit jari saya yang memegang perangkap tersebut, kemudian saya terperanjat melihat yang tikus itu sudah beranak, dua ekor. Walaupun tikus itu tinggal dalam sangkar yang hampir pasti tidak boleh dia melepaskan diri, ibu tikus itu terus mempertahankan anaknya, terus cuba menggigit saya tanpa takut dan tanpa putus asa. Itulah kasih seekor ibu tikus. Tapi apa yang nak saya bincangkan disini ialah, sejauh manakah ibu-ibu manusia sayangkan anaknya. Kita lihat gadis-gadis cantik di TV dipeluk, ditampar, di pegang tangan, dibaringi di atas katil dan dilakukan apa saja atas nama lakonan. Apa kata ibu bapa mereka? Kita lihat anak-anak muda menyabung nyawa merempit di atas jalan raya - dimana ibu bapa mereka. Di kelab malam, di tempat-tempat hiburan pula geram nak diceritakan. Gadis-gadis yang kononnya Islam diperdagangkan seperti "spring chicken". Di mana ayah, di mana ibu mereka.
Penuntut, ya, penuntut-penuntut. Balik jauh-jauh malam diperbuat apa saja, dipadang, di tepi jalan, dalam kereta, di rumah sewa, di bawah pokok dan di mana-mana. Nilai mereka sudah diketahui umum yang hanya semurah "top-up" prepaid sahaja.
Kalaulah setiap ayah, setiap ibu bertanggungjawab seperti ibu tikus tadi, tentulah semua anak-anak selamat dan tidak didagangkan semurah sekotak rokok, semurah satu tin arak, semurah nasi lemak bungkus.
Tuan-tuan dan puan-puan, janganlah malu untuk belajar dari ibu tikus yang terperangkap tadi kalau ianya dapat menyelamatkan generasi kita dari kesengsaraan di dunia dan kesengsaraan di akhirat.
Tuesday, December 22, 2009
Handphone...Alat komunikasi atau Alat menyakit hati
Minggu sudah saya menziarahi saudara saya yang meninggal mengejut, baru berumur 3 bulan lebih. Tak sakit, tak demam, cuma ajal dah sampai.Monday, December 21, 2009
Jangan beramal seperti bayang-bayang
Sunday, December 20, 2009
Musim kering, Musim basah
Hinggakan untuk mengucap syukur kepada Allah adalah dengan izin-Nya. Kalau kita faham yang kita tiada apa-apa kuasa langsung, mengapakah kita masih berani mengingkari Allah? Melawan Allah dan tak malu langsung pada Allah? Saya mengajak diri saya dan tuan-tuan mengambil iktibar dari cerita kekuasaan Allah ini, apatah lagi pada musim basah dan yang sejuk sekarang. Terima Kasih.
Saturday, December 19, 2009
Hijrah 1431 (Bahagian Dua)
Friday, December 18, 2009
Hijrah 1431 (Bahagian Satu)
Thursday, December 17, 2009
Kalau tidak ada-ada takkan burung bersarang rendah
Wednesday, December 16, 2009
Mudahnya beramal - Jika mahu

Termenung saya sekejap, seorang pemandu teksi yang sibuk mencari penumpang, yang sentiasa di atas jalan, sentiasa mengejar waktu, masih ada masa untuk diluangkan untuk berkomunikasi dengan Allah.Tetapi sebilangan dari kita yang ada banyak masa berbual-bual kosong, banyak masa untuk menonton media yang langsang, berjalan-jalan "window shopping" terlupa untuk sujud bersyukur atas segala nikmat pemberian Allah. Lebih parah lagi kalau ada yang tidak membuat arahan-arahan yang diwajibkan.
Jadi untuk membuat atau tidak membuat sesuatu itu adalah helah dan nafsu manusia semata-mata. Walaupun saya rasa tuan-tuan dan puan-puan telah banyak beramal, jangan lupa untuk mengajak anak-anak dan keluarga kita untuk mempertingkatkan amalan masing-masing, kerana salah satu bekalan yang kita akan bawa ke akhirat nanti ialah doa anak-anak yang soleh, Amin.
Tuesday, December 15, 2009
Pengajaran dari burung
Salam kepada pembaca. Hari ini saya memulakan blog saya yang dinamakan landak muda. Kebetulan dua tiga bulan ini saya asyik makan landak di Sungai Besar, terus terlintas perkataan landak muda untuk dijadikan nama blog ini. Saya seorang penganggur buat beberapa lama. Dan sekarang banyak menghabiskan masa untuk bercucuk tanam di taman Surau Al-Hikmah SS18 Subang Jaya. Sambil bercucuk tanam keseorangan banyaklah yang difikirkan dan banyak yang dapat dipelajari dari suasana sekeliling . Saya ingin berkongsi pengalaman-pengalaman ini dengan pembaca sekelian, semoga kalau pengalaman ini boleh memberi pengajaran, sebar-sebarkanlah, kalau tidak maaf dari saya.Satu hari, masa saya sibuk mencangkul, tiba-tiba datang beberapa ekor burung untuk memakan cacing-cacing yang terkeluar dari tanah, mereka seolah-olah tidak takut kepada saya dan tidak takut kepada cangkul yang begitu hampir dengan mereka. Saya berasa amat gembira dengan suasana itu, dengan kercipan burung yang melompat-lompat memakan cacing, kejar mengejar berebut makanan dan gelagat-gelagat mereka yang menghiburkan. Saya berhati-hati supaya cangkul tidak mencederakan burung-burung tersebut. Kalau manusia begitu berhati-hati supaya burung-burung itu tidak disakiti, mengapakah manusia sekarang tidak teragak-agak mencemuh, menemplak, mengata, memburuk-burukkan kawan-kawan sendiri. Apakah sudah tidak ada kasih sayang sesama manusia.Yang berniaga kencing mengencing antara satu dengan yang lain, yang seperjuangan ada yang tikam menikam, yang serumah pun curiga mencurigai antara satu dengan yang lain.
Kalaulah burung-burung tadi mengharung bahaya kemungkinan ditangkap manusia atau terkena cangkul semata-mata untuk mendapat ganjaran beberapa ekor cacing, mengapa manusia tidak bersabar dan berlapang dada untuk mendapatkan ganjaran syurga ? Sama-sama kita renungkan hingga berjumpa esok Insya-Allah.
.jpg)