Thursday, March 20, 2014

BULUH HITAM




Semalam pergi ke Sungai Buluh lagi. Cari pokok Heliconia. Tiba tiba terjumpa Buluh Hitam. Harganya pun agak mahal jika dibanding dengan Buluh Kuning , Buluh Bunting ataupun buluh dari Indonesia. “Mengapa mahal?” saya bertanya . Jawab penjual, “ Buluh Hitam ini tak banyak di pasaran , sedikit saja Boss” . Saya kata dalam hati “Oh , sedikit saja , kalau sedikit harganya tinggi”


Mengapa kita tidak mahu tergolong dalam golongan yang sedikit. Umpamanya Allah mengatakan sedikit sekali orang yang bersyukur . Surah As Saba’ ayat 13 bermaksud :

“Sedikit sekali dari hamba-hambaku yang bersyukur”


Buluh Hitam tu memang cantik . Kalau ada wang lebih nanti mungkin saya akan beli serumpun untuk menghiasi taman. Tapi jaga-jaga dengan hati yang hitam . Dalam satu Hadis Rasullullah SAW di sebut dengan maksud :

Dari Abu Hurairah , dari Rasullullah SAW , beliau bersabda “Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan , maka dititikkan dalam hatinya sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya di bersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat) , maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya” 

Itulah yang diistilahkan “Arran” yang Allah sebutkan dalam firmanNya ( yang artinya) “Sekali kali tidak ( demikian) , sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka”


Kita boleh menghias taman-taman kita dengan Buluh Hitam, Keladi Hitam atau pun Rose Hitam, tetapi bab hati mestilah sentiasa bersih . Kalau tersilap segeralah bertaubat.


Terima kasih kerana sama-sama meneroka dunia Buluh Hitam.Jika taman anda kecil, boleh ditaman dalam pasu besar, mudah mudahan ia boleh mengingatkan kita supaya mengelak dari titik hitam didalam hati. 

Terima kasih sekali lagi. 









17 comments:

  1. Berapa RM dia jual dan berapa batang/tinggi satu polybag? TQ.

    ReplyDelete
  2. Berapa harga buluh hitam tu .saya pun teringin jgk

    ReplyDelete
  3. Berapa harga buluh hitam tu .saya pun teringin jgk

    ReplyDelete
  4. Dimana kedai tu?harga?tengah mencari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cari buluh hitam di shoopee kedai poklie.89

      Delete
  5. Dimana kedai tu?harga?tengah mencari

    ReplyDelete
  6. Saya mohon utk mendapat 3 jenis yg di sebut 0125555545

    ReplyDelete
  7. Berapa buluh hitam.dan sy nak beli

    ReplyDelete
  8. Mohon berikan saya cara utk hubungi tuan

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Berminat buluh hitam contact 0199880215 pokli

      Delete
  10. Boleh saya tau kedainya dimana. Saya berminat untuk membeli buluh hitam.

    ReplyDelete
  11. Telifun sy kalau ad siapa siapa yg nak buluh hitam, di no 0137105651

    ReplyDelete