Tuesday, March 25, 2014

REDHA – MH 370




Tengah hari tadi saya terkejut bila seorang pemanggil ke stesyen Radio berkata “Ya Allah , kemalangan MH 370 ini siapakah yang tersilap . Kamukah Ya Allah , atau kami manusia?Mana mungkin pemanggil mengatakan ‘kemungkinan Allah tersilap’ . Ini adalah satu dakwaan yang amat berat.

Janganlah kita terlalu terbawa-bawa dengan kemalangan ini. Allah sentiasa menyuruh kita redha dengan segala ujian Allah, saperti ayat Al Quran yang bermaksud :

“Tiada suatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah , dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. . Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu” At Taghobun :11

Ayat ini perlu di fahami sebagai ia itu : Orang yang ketika di timpa musibah , ia meyakini bahawa itu semua dari Allah , maka ia pun redha dan pasrah ( atas takdirNya ) .

Jadi hati-hatilah bila kita mengucapkan sesuatu berkaitan Allah , walaupun dalam keadaan apa sekalipun. Atau lebih baik kita perbanyakkan berzikir saperti yang di perkatakan penceramah berikut : Sheikh Ali – keutamaan Selawat Nabi



Terima kasih kerana melapangkan waktu anda untuk renungan diatas tadi.






No comments:

Post a Comment