Pokok senduduk memang telah
lama di kenali, terutama oleh orang-orang kampung. Saya masih ingat lagi kami
jadikan kayu senduduk yang berbentuk ‘Y’ sebagai kayu lastik. Daunnya juga
dikatakan boleh melembutkan daging dan menghilangkan rasa pahit pucuk betik.
Penemuan senduduk putih pula
menmbah popular lagi nama keluarga senduduk. Ia bertambah popular kerana cerita
mistik yang senduduk putih ini di kawal oleh makhluk halus. Walau bagaimanapun
senduduk putih dikaitkan dengan kemampuannya memulihkan tenaga perempuan yang
baru bersalin dan dikatakan juga boleh mengubati sakit keputihan dikalangan
perempuan.
Begitulah resam dunia , jika
sesuatu perkara itu kelihatan ganjil maka ia akan di minati dan di sanjungi
ramai. Umpamanya gagak putih amat menarik kerana kebanyakan gagak adalah hitam.
Singa putih juga amat di
kerumuni di Zoo, kerana ia kelihatan ganjil dan luar biasa.
Putih di kaitkan dengan
bersih, suci dan kebaikan . Alangkah beruntungnya kalau kita mempunyai
sifat-sifat yang dikatakan dalam Islam sebagai sifat-sifat yang soleh saperti
berikut:
1. Kuat amalan agama
2. Akhlak yang baik
3. Tegas mempertahankan
agama
4. Amanah
5. Tidak boros tetapi tidak
kedekut
6. Menjaga mata
7. Pergaulan yang terkawal
8. Mempunyai rakan yang baik
9. Bertanggung jawab
10. Wajah yang tenang dan
hati hati dalam percakapannya.
Jadi janganlah kita berminat
pada sesuatu itu kerana pelik dan ganjil sahaja, tapi cubalah memikirkan
pengajaran dari sesuatu yang kita lihat dan alami.
Terima kasih kerana berusaha
kearah orang-orang dari golongan yang soleh.
No comments:
Post a Comment