Pagi tadi saya memberi anak
ikan Toman di kolam saya cacing. Saya memegang cacing di atas permukaan air
dari anak Toman tersebut akan melompat keluar dari air dan meragut cacing dari
tangan saya. Sungguh menyeronokkan . tetapi tiba tiba anak Toman tersasar dari
cacing dan mengigit jari saya. Saya memandang rendah kemampuan anak Toman
tersebut boleh melukakan jari saya.
Begitulah hal kita manusia ,
selalu memandang rendah banyak perkara . Umpamanya bila beribadat nak buat yang
hebat hebat sahaja. Walhal banyak ibadat ibadat ‘kecil’ yang berpahala besar
,di antaranya ialah :
1. Mendoakan orang lain
mendapatkan pahala sebanyak orang yang didoakan.
2. Berzikir
3. Doa masuk pasar untuk
mendapatkan tiga juta keutamaan
4. Memberi kelonggaran bagi
yang berhutang akan mendapat pahala sedekah dua kali ganda .
5. Menziarah orang sakit
didoakan oleh tujuh puluh ribu Malaikat.
6. Membaca satu huruf dari Al
Quran mendapat sepuluh pahala.
7. Belajar atau membaca Al
Quran di Mesjid , pahalanya lebih besar daripada mendapat dua ekor unta.
8. Muazin mendapat pahala
sebanyak orang solat bersamanya dan wajib masuk syurga.
9. Solat sekali di Mesjidil
Haram sebanding lebih seratus ribu kali di tempat lain.
10. Doa anak yang mengangkat
darjat ibu bapa di syurga.
11. Pahala berjemaah Isya’
saperti solat setengah malam dan pahala solat subuh berjemaah saperti solat
satu malam
12. Membiayai Haji saperti
membiayai jihad dan pahalanya tujuh ratus kali ganda.
13.Puasa Arafah penghapus
dosa dua tahun dan puasa Syawal saperti berpuasa setahun,
14. Bersedekah.
15. Bersegera dan menanti
solat Jumaat.
( di petik dari
aisyaheru.blogspot.com)
Kadang kadang kita terlepas pandang akan amalan
amalan yang mudah dilakukan tetapi mempunyai nilai pahala yang tinggi.
Terima kasih atas kesudian
anda meluangkan masa untuk bersama saya.
No comments:
Post a Comment