Hari ini badan tak berapa
sedap. Semalam menyangkul di tengah panas. Air pulak tak ada di rumah. Bila air
datang hari ini, tak cukup tekanan naik ke tangki, kena bawa kedalam dengan
baldi.
Baru sedikit ujian Allah
turunkan , manusia saperti saya telah mengeluh. Rata-rata di- Subang Jaya dan
Selangor manusia mengeluh dengan keadaan bekalan air tak menentu. Entah berapa
orang yang memahami bahawa ini adalah sedikit , amat sedikit ujian dari Allah.
Saperti firman-firman Allah
yang bermaksud :
“ Dan kami menguji kamu
dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kamilah kamu semua
akan dikembalikan” Al Anbiyaa -31
“ Allah tidak memberi kesusahan
seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya” Al Baqarah -286
Begitulah kasih sayang Allah
pada hambaNya , setiap ujian itu di sesuaikan dengan kemampuan kita
menghadapinya. Lagi pun apalah ujian catuan air jika di bandingkan dengan ujian
kapal terbang terhempas. Sama sama kita fikirkan .
No comments:
Post a Comment