Semalam kita berbicara
tentang masalah pelajar zaman sekarang . Walau bagaimanapun terdapat juga
segelintir pendidik yang bermasalah . Mereka mungkin bermasalah berkenaan
akhlak , cara mengajar atau cara bergaul antara sesama pendidik atau antara
pendidik dan pelajar yang berlainan jantina.
Kita ikuti 7 nasihat yang
diberikan oleh Imam Ghazali :
1. Para pendidik mesti mempunyai
kasih sayang pada pelajar, meski pun kadang-kadang bertindak keras dan marah
akan tetapi masih dalam ruang lingkup kasih sayang.
2. Para pendidik dilarang
memungut wang dari pelajar. Para pendidik hendaklah bekerja secara ikhlas kerana
Allah SWT.
3. Para pendidik hendaklah
memberikan petunjuk kepada pelajar , baik dalam bidang pelajaran atau pun
kemasyarakatan.
4. Tegur sapalah pelajar
dengan hikmah tanpa menjerit dan bawakanlah suasana ramah dan kasih sayang.
5. Antara pendidik hendaklah
bersama-sama membawa pelajar menghormati seluruh pendidik dan seluruh
pengetahuan.
6. Pendidik hendaklah dalam
memberikan ilmu secara berperingkat dan berikan menurut kekuatan akal mereka.
7. Para pendidik hendaklah
melaksanakan dan mengamalkan ilmu pengetahuannya.
Kita ikuti tips untuk
menjadi pendidik yang berjaya :
Terima kasih , mudah mudahan
ia dapat memberi sedikit penambahan ilmu.
No comments:
Post a Comment