Jiran sebelah rumah saya
memiliki seekor anjing yang agak garang. Kalau ‘Postman’ , penghantar surat
khabar atau orang-orang berjalan berhampiran rumah jiran saya, anjing tersebut
akan menyalak dan kadang-kadang mengejar mereka.
Tetapi kalau saya dan sekeluarga
balik kerumah , dia tidak akan menyalak. Malah kadang-kadang saya menyapu
daun-daun yang gugur lebih kurang lapan inci di hadapan muka anjing tersebut,
dia tidak akan bergerak lansung . Mengapa ? Mungkin dia telah mengenali saya. Anjing
pun boleh membezakan jiran ataupun orang asing.
Yang sedihnya , kita sesama
Islam di Malaysia menghina sesama Islam. Mempelekehkan orang orang Islam yang
hendak mempertahankan Islam. Perbuatan ini amat-amat di larang oleh Islam, saperti
yang disebut dalam Hadis Rasullullah SAW bermaksud :
“Taqwa itu di sini kata Nabi
, sambil menunjukkan dadanya tiga kali. Sudah cukup banyak kejahatan seseorang
itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam.Sekelian orang Islam keatas
orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya.” Hadis riwayat
Muslim
Jadi, hati hatilah kita
kalau hendak mencemuh sesama Islam. Seolah-olah orang Islam sekarang tidak
dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk, antara kawan dan musuh.
Terima kasih atas sumbangan
anda membaca coretan ini, lebih baik lagi kalau anda dapat menyampaikan kepada
orang lain.
No comments:
Post a Comment