Wednesday, March 5, 2014

NASIHAT IMAM GHAZALI PADA PELAJAR







Kualiti pelajar kita zaman ini amatlah membimbangkan . Sama ada di Sekolah Rendah , di Sekolah Menengah ataupun di Universiti.

Jadi elok rasanya kalau kita renung-renungkan nasihat Imam Ghazali kepada para pelajar.:

1. Pelajar harus mempunyai kesucian batin dari kerendahan budi dan sifat-sifat tercela.

2. Mengurangi hubungan dengan persoalan duniawi dan belajarlah jauh dari kampung halaman agar dapat memberi tumpuan.

3. Jangan sombong dengan ilmu pengetahuan dan jangan angkuh pada guru.

4. Utamakan pendidikan asas ugama terlebih dahulu.

5. Semua ilmu mestilah dipelajari bermula dari asas ilmu.

6. Pelajar harus mempunyai ketetapan hati yang kuat bahawa belajar hanyalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

7. Bersabarlah lebih dahulu dalam mempelajari ilmu yang lebih tinggi sebelum memahami ilmu yang dibawahnya, kerana ilmu itu bertingkat-tingkat.

8. Imam Ghazali membahagi ilmu menjadi tiga , iaitu pokok, penting dan pelengkap. Utamakan dahulu yang pokok kemudian penting , dan seterusnya.

9. Pelajar harus mengetahui bahawa yang amat penting menjadi prioriti utama.

10. Kejayaan ilmu yang dituntut itu apakah kiranya mengangkat kita di Syurga ke satu tempat dimana kita berbahagia, bertemu langsung dengan Allah SWT dan dapat menikmati wajah Allah SWT yang amat mulia.

Di antara masalah pelajar kita sekarang ialah ‘malas’ . Ikutilah tips untuk mengelakkan dari kemalasan dari Brother Abdel Rahman Murphy dan juga doa-doa yang diberi oleh Rasullullah S.A.W.



Terima kasih semoga pelajar pelajar kita dapat mempertingkatkan semangat dan kebolehan mereka.




No comments:

Post a Comment