Monday, March 17, 2014

"GREEN LANE” OF SELANGOR




Peminat-peminat seni taman di Selangor menamakan jalan ke Sungai Buluh dan sebahagian besar Sungai Buluh sebagai “GREEN LANE” of  Selangor. Ini adalah disebabkan di Sungai Buluh lah berpusatnya nuseri ( nursery ) tempat menjual pelbagai pokok-pokok untuk menghias taman-taman di Selangor. 




Semalam saya ke sana. Pagi pagi lagi orang telah berpusu-pusu ke sana. Saya pergi ke Kampung Melayu Sungai Buluh, kerana di sana terdapat banyak pilihan dan harganya pun berpatutan.


Rumah-rumah yang dihias tamannya tentulah memberi ketenangan kepada tuan rumah. Menggalakkan tetamu berkunjung , malah kalau lebih bernasib baik lagi ia akan menjadi hiasan di majalah-majalah landskap.


Rasullullah SAW pernah bersabda bermaksud :

“Sesungguhnya Allah itu cantik. Ia suka kepada yang cantik” Hadis riwayat Muslim.



Berdasarkan hadis ini alangkah baiknya kalau kita boleh ‘mencantikkan’ agama kita , supaya orang datang berpusu-pusu menganut Islam. Di antara bidang bidang yang orang Islam perlu cantikkan keIslaman diri kita ialah :
 
1. Akhlak

2. Janji

3. Bahasa

4. Jauhkan dosa dosa saperti rasuah , berpeleseran dan segala gejala negatif yang di lakukan oleh muda mudi Islam.

5. Jaga interaksi dengan kaum yang beragama lain.

Rengkasnya adalah tanggung jawab kita semua untuk mempamirkan kecantikan Islam itu. 


Terima kasih dan harap kongsikan mesej ini bersama keluarga dan masyarakat.





No comments:

Post a Comment