Sejak misteri penerbangan MH
370 pada 8 March 2014 baru-baru ini , seluruh dunia telah memberi tumpuan yang
luar biasa terhadap kejadian tersebut. Di sini saya sebagai ‘orang biasa’ tiada
kepakaran untuk mengulas kejadian tersebut dari sudut teknikal. Saya cuma ingin
mengajak anda melihat beberapa pengajaran dari misteri kehilangan penerbangan
MH 370 tersebut. Di antaranya :
1. Di samping kecanggihan
pesawat Boeing 777 tersebut , ia tidak dapat melawan kehendak Allah.
2. Jika berlaku kemalangan
atau kecelakaan yang besar tidak ada manusia yang mahu mengakui kesilapan
masing-masing, semua menunding jari kepada orang lain.
3. Manusia sukakan
cerita-cerita sensasi dan melupakan cerita-cerita benar saperti pembunuhan umat
Islam di serata dunia.
4. Manusia suka bercerita
perkara yang tidak nyata dan mengabaikan pengisian masa dengan perkara
berfaedah saperti membaca Al Quran , berzikir , nasihat menasihati ataupun
menambah ilmu melalui pembacaan.
5. Kita tidak mengambil
iktibar dari kematian yang pasti dan tidak membuat persiapan untuk
menghadapinya.
6. Cukuplah bagi kita mendoakan kebaikan bagi
penumpang MH 370 tersebut, tetapi janganlah membuang masa memberi ulasan selari
setiap minit berkaitan insiden tersebut.
7. Ramai orang yang mengambil kesempatan atas
kesusahan orang lain.
8. Tidak semua rakyat Malaysia yang bersimpati ,
hingga ada yang berhibur sampai mati.
Walau apa pun yang berlaku ,
semuanya adalah takdir dari Allah, kita cuma perlu berhati-hati dan sentiasa
memohon pertolongan Allah supaya di jauhi dari bencana dan mala petaka.
Terima kasih atas doa dan
simpati anda.
http://www.mudah.my/Buluh+Hitam+phyllostachys+nigra+-25457005.htm
ReplyDelete