Tuesday, January 18, 2011

MATILAH DALAM ISLAM.

Tiap-tiap khutbah Jumaat kita diingatkan supaya jangan mati kecuali mati dalam Islam. Pada kuliah Maghrib tadi kita di dikenalkan dengan formula yang mudah untuk mati dalam Islam, Insya-Allah.

1) ISTIQOMAH
Mesti berterusan beramal dengan ajaran Islam hinggalah ke akhir hayat.

2) DOA
Jangan jemu-jemu berdoa . Allah telah mengajar kita bagaimana berdoa untuk mati dalam Islam. Surah Yusuf ayat 101 - Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh. Surah Al-A'raaf ayat 126 - Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam. (berserah bulat-bulat kepadaMu).

Begitulah mudahnya untuk mati dalam Islam tetapi tidak semudah itu untuk diamalkan. Terima Kasih.

1 comment:

  1. Salam, cantik sekali tazkirah Ustaz Hadi tu. Sama-samalah kita ambil iqtibar, amalkan dan sampaikan.

    Di blog Al-Hikmah: http://www.alhikmahsj.com/doa/doa-mati-dalam-islam

    ReplyDelete