Monday, March 31, 2014

CARA CARA MENDEKATI ALLAH BAHAGIAN 2




Petang tadi hujan lebat . Alhamdulillah , saya seronok melihat pokok-pokok di siram oleh air hujan , dan pada waktu hujan lebat lah salah satu waktu dimana doa mudah di kabulkan oleh Allah SWT.

Seterusnya cara-cara kitamendekati Allah SWT adalah saperti berikut :

9. Jika sesuatu yang tidak baik berlaku terhadap anda bersabarlah. Syukur kerana perkara yang lebih buruk tidak berlaku.

10. Buatlah amalan kebaikan yang mereendahkan hati saperti memberi orang miskin makan ataupun membantu anak-anak yatim.

11. Jangan berpuas hati yang anda sudah melakukan cukup untuk keredaan Allah , terus dekati allah dan hamba Allah pun akan gembira dengan anda.

12. Sesekali lihatlah kejadian Allah yang menakjubkan dan ambilah pengajaran darinya.

13. Sentiasa kasihi mereka yang mengasihi Allah tanpa syarat, saperti ulamak dan lain-lain.

14. Selalu perkatakan perkara yang mendorong manusia kepada Allah atau diam saja jika tidak perlu.

15. Sesekali beri waktu untuk anda berehat , bersukan , beriadah. Tapi ingat, Allah sentiasa memerhatikan anda.

16. Doakan mereka yang belum mendapat hidayah dan doakan supaya mereka diberi petunjuk.

Banyak lagi cara-cara yang boleh mendekati diri kita dengan Allah. Inshaa Allah akan disambung lagi. Terima kasih atas perhatian anda. 






Sunday, March 30, 2014

CARA CARA MENDEKATI ALLAH : BAHAGIAN 1





1. Mulakan dengan ‘SYUKUR’ kepada Allah bila bangun pagi. Syukur kerana masih lagi hidup dengan sempurna.

2. Utamakan Allah atas segala-galanya.

3. Luaskan kefahaman Al Quran anda . Fahami lima ayat setiap hari dan solat berjemaah di mesjid/ surau

4. Amalkan solat Dhuha

5. Jika seseorang menyakiti hati anda , elakkan pertengkaran dan doakan supaya mereka di ampuni Allah

6. Bila anda berasa marah , ingatlah betapa singkatnya hidup ini untuk dibazirkan , banyak-banyak mengingati Allah.

7. Anda tak mungkin mempunyai ramai kawan , tapi carilah sahabat yang baik untuk sama-sama menuju keredaan Allah.

8. Bila anda gembira , berkongsilah dengan sahabat-sahabat lain. Bersyukur atas nikmat tersebut dan doakan supaya nikmat itu berterusan .

Banyak lagi cara-cara yang boleh mendekati diri kita dengan Allah. InshaaAllah akan disambung lagi.

Terima kasih atas perhatian anda.






Saturday, March 29, 2014

ROTI CANAI PERISA NAJIS





Pernah satu ketika dulu di Teluk Intan seorang ‘penguli’ roti canai di dapati menguli roti canai dan terdapat najis di keliling cincinnya.Saya pula pernah membeli kari itik terdapat berus pencuci pinggan didalam kari tersebut.Banyak lagi cerita cerita yang menjijikkan berkaitan makanan 

Islam secara jelas menekankan pemakanan yang bersih dan halal , saperti maksud Al Quran :

“Makanlah apa yang di kurniakan Allah kepada kamu daripada benda ynag halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar benar menyembah Allah”

Penyelesaiannya ? Jika ada kesempatan, banyakkanlah makan masakan sendiri dan kurangkan makan di kedai. Masakan sendiri lebih murah, sedap, bersih dan kita ketahui sumbernya halal ataupun tidak.

Belajar memasak pun amat mudah sekarang kerana banyak CD/DVD masakan di jual dengan harga yang murah dan boleh di praktikkan . Sekarang kita saksikan makanan Sunnah Rasullullah SAW :


Terima kasih kerana turut memberi perhatian.






Friday, March 28, 2014

DARAH HIJAU





Rama-rama dikatakan berdarah hijau. Buat masa ini rama-ramalah menghiburkan saya di waktu pagi. Beberapa jenis rama-rama datang ke taman dan menghisap sedikit madu yang ada di musim panas ini.


Alhamdulillah,Allah boleh menjadikan apa saja sebagai hiburan , sebagai penenang kalau kita tahu untuk menghargai sesuatu perkara itu, walaupun seekor rama-rama.


Untuk menghargai rama-rama lebih mendalam lagi, eloklah kalau kita mengetahui lebih mendalam lagi tentang beberapa fakta yang kita mungkin tidak ketahui tentang rama-rama diantaranya :


1. Kaki rama-rama bertindak sebagai sensor rasa dan apabila mereka menyentuh sesuatu yang manis, itu membuat lidah mereka keluar.

2. Lidah rama-rama adalah tiga kali lebih panjang daripada tubuhnya.

3. Rama-rama minum dari lopak dan titisan air.

4. Jantina rama-rama boleh dikenal pasti melalui corak sayap mereka

5. Rama-rama suka berhenti di bunga yang dihadapi lurus ke atas.

6. Rama-rama berdarah sejuk dan mempunyai darah hijau.

7. Rama-rama memerlukan matahari untuk memanaskan sistem peredaran darah mereka sebelum mereka boleh terbang.

8. Sayap rama-rama bertindak seperti mini solar pengumpul yang menangkap cahaya matahari untuk memanaskan mereka.

9. Selepas menetas beluncas akan meningkatkan saiz badan lebih 30,000 kali sebelum ia membentuk kepompong.

10. Burung dan tebuan makan rama-rama sebagai sebahagian daripada kitaran semula jadi hidup.

Lain kali jika anda melihat rama-rama berterbangan lihatlah dengan penghargaan dan kesyukuran akan nikmat Allah .


Terima kasih kerana bersama menikmati pemberian Allah.











Thursday, March 27, 2014

WORLD EARTH DAY





Malam ini saya akan menghadiri mesyuarat berkaitan persiapan ‘Hari Bumi Sedunia’ yang akan diadakan pada 22 April akan datang ini.

Saya membuat sedikit rujukan dan mendapati Islam sudah lama menekankan supaya manusia mentadbir dunia ini dengan sempurna dalam kontek konservasi.


Diantara ayat ayat Al Quran yang berkaitan ialah :

1. “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah di kurniakaNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya , dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani.” Surah 6 :165

2. “Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas , dan menjadikan padanya gunung ganang ( terdiri kukuh) serta sungai-sungai ( yang mengalir) . Dan dari tiap tiap jenis buah buahan , Ia jadikan padanya pasangan dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu ) berfikir.” Surah 13:3

3. “Wahai anak-anak Adam  ! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat ( atau mengerjakan sembahyang ) , dan makanlah serta minumlah , dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya allah tidak suka akan orang orang yang melampaui batas.” Surah 7:31

4. “Dan Dialah ( Allah ) yang menjadikan ( untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar , dan pohon-pohon tamar (korma) dan tanam -tanaman yang berlainan ( bentuk, rupa)  dan rasanya, dan buah zaiton dan delima , yang bersamaan ( warnanya atau daunnya ) dan tidak bersamaan ( rasanya) . Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkan haknya ( zakatnya) pada hari memetik atau menuainya, dan janganlah kamu melampau-lampau ( pada apa apa jua yang kamu makan atau belanjakan), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau-lampau.” Surah 6:141


Banyak lagi ayat-ayat berkait penjagaan bumi dalam Al Quran, tetapi manusia terlalu malas untuk mengkaji Al Quran atau buat buat tidak tahu sahaja , kerana tidak mampu melawan nafsu.


Terima kasih atas waktu anda .