Banyak orang dalam dunia ini sekarang sentiasa teraniaya. Maklumlah yang lemah makanan yang kuat . Banyak pekerja dari Indonesia saya temui mengeluh kerana tidak dibayar gaji. Penguatkuasa pula mengambil kesempatan atas pelbagai kesalahan rakyat, dan mengambil rasuah atas pesalah.
Peniaga menindas pembeli, dan banyak lagi cerita penganiayaan yang anda sendiri pasti telah dengar atau alami sendiri.Tapi yakinlah anda akan mendapat pembelaan dari Allah . Bersabarlah.
Malam ini malam Jumaat . Semasa membaca surah Yaasin disurau tadi saya ketemu dengan ayat 54-56 , satu berita baik untuk orang-orang yang teraniaya didunia. Maksud ayat tersebut :
Ayat 54:
“Maka pada hari itu , tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan”
Ayat 55:
“Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu , berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan”
Ayat 56 :
“ Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria ditempat yang teduh, sambil duduk berteleku diatas pelamin”
Terima kasih dan bersabarlah .
No comments:
Post a Comment