Monday, December 16, 2013

JENAKA ISLAMIK – TIDAK YAKIN ALLAH BERKUASA





Seorang pemuda dalam sebuah kampung tidak meyakini yang Allah mampu melakukan segala-galanya. Kalau dia tidak mahu makan umpamanya , Allah tidak akan boleh buat dia makan. Jadi dia mula berpuasa , ibunya melarang dia melakukan perbuatan sia-sia itu, tetapi dia berdegil . Dia lari meninggalkan rumah dan memanjat sepohon pokok. Sebagai ibu yang penyayang, siibu membawa hidangan makanan dan meletakkannya dibawah pokok , kalau-kalau anaknya terasa lapar.



Pada malam hari , sekumpulan perompak ternampak hidangan dibawah pokok, sebelum memakan makanan tersebut, mereka terfikir yang itu mungkin makanan beracun , bertujuan membunuh mereka. Mereka melihat sekeliling dan akhirnya ternampak pemuda duduk diatas pokok tersebut. Mereka memaksa pemuda itu turun dan memakan makanan yang disyaki beracun itu. Pemuda masih enggan makan kerana hendak membuktikan Allah tidak boleh melakukan segala.

Perompak bertambah curuga dengan tingkah laku pemuda tersebut dan memukul dia supaya memakan juga makanan tersebut. Pemuda terpaksa makan kerana tidak tahan menanggung kesakitan. Akhirnya dia yakin yang Allah itu maha berkuasa atas segala-galanya.

Jangan sesekali kita cuba nak ‘test’ kuasa Allah , buruk padahnya nanti. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca posting ini, mudah mudahan ia menjadi amalan bagi anda.



Quote of the day




No comments:

Post a Comment