Wednesday, December 11, 2013

CARILAH JAWAPAN DIDALAM AL QUR’AN





Manusia selalu mengeluh, berdukacita, hampa dan tidak berpuas hati dalam kehidupan masing-masing . Semua permasalahan yang kita hadapi ada jawapannya didalam Al Qur’an . Cuma kita tidak kerap membaca Al Qur’an atau tidak membaca terjemahannya. Diantara permasalahan yang kerap ditimbulkan ialah :

1. MENGAPA AKU SELALU DI UJI ?

Al Qur’an Menjawab : Surah al Ankabut  bermaksud :

Ayat 2 : Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “Kami beriman” , sedang mereka tidak diuji ( dengan sesuatu cubaan?)

Ayat 3 : Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka , maka ( dengan ujian yang demikian) , nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

2. MENGAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU MAHU ?

Al Qur’’an Menjawab : Surah Al Baqarah  bermaksud :

Ayat 216 : .......dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah ) Allah jualah Yang mengetahui ( semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

3. MENGAPA AKU DIBEBANKAN BEGINI ?

Al Qur’an Menjawab : Surah Al Insyirah bermaksud :

Ayat 5 : Oleh itu maka ( tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

Ayat 6 : (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Al Baqarah ayat 286 bermaksud : Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Al Qur’an itu penuh dengan penyelesaian , cuma sama ada kita mahu atau tidak mencari penyelesaian melalui Al Qur’an. Terima kasih.



Quote of the day







No comments:

Post a Comment