Thursday, December 5, 2013

MENCARI KUNCI KEBAHAGIAN





Ada sepasang suami isteri yang amat bahagia kehidupannya. Satu perkara yang merisaukan mereka ialah sama ada kebahagian itu akan berkekalan atau tidak. Oleh itu mereka pergi berjumpa seorang ilmuan dan meminta nasihat.

Ilmuan yang banyak pengalaman itu menasihati mereka. “Pergilah kamu keliling dunia, dan bila kamu ketemu orang yang paling bahagia , ambil lah sehelai baju dia dan bawa balik. Dengan itu In shaa Allah kamu berdua akan bahagia selamanya”.

Pasangan suami isteri itupun memulakan pengembaraan mereka. Sampai di satu bandar , mereka diberitahu ada sepasang suami isteri , seorang menteri yang amat bahagia. Mereka pergi berjumpa menteri tersebut dan bertanya “Adakah kamu berdua sangat bahagia ?”Jawab menteri , “Ya, tapi kami akan lebih bahagia kalau ada anak”. Mereka pun faham yang menteri tersebut tidak lengkap kebahagiannya.

Mereka meneruskan perjalanan. Mereka terjumpa dengan satu keluarga yang begitu gembira bersama anak-anaknya di taman. Meraka lalu di tanya “Adakah kamu rasa amat bahagia ?” Jawab pasangan gembira tadi “ Ya, kami amat bahagia, tapi anak-anak kami yang ramai ini kadang-kadang menimbulkan masalah dari beberapa segi.”

Pasangan yang sedang mencari kunci kebahagian tadi faham yang ini bukanlah pasangan yang paling bahagia. Mereka meneruskan perjalanan dari satu bandar ke satu bandar, dari kampung kekampung hinggalah mereka bertemu dengan sepasang pengembala kambing.

Semasa pengembala kambing berehat , isterinya datang bersama anak-anaknya. Mereka bersapa dan memeluk anak-anaknya dan makan bersama. Bila diberi salam pengembala menjawab dengan gembira sekali dan pasangan muda yang mencari kunci kebahagian itu pun yakin inilah orang yang paling bahagia didunia, lalu bertanya :

“Adakah kamu berasa sangat bahagia dalam kehidupan?” Lalu jawab pengembala : “Alhamdulillah , kami terasa seolah-olah seorang raja” . Dengan yakin , pencari kunci kebahagian itu meminta sehelai baju pengembala supaya kebahagian mereka juga akan berterusan.Pengembala menjawab : “Kalau aku berikan kamu pakaian ini , aku tidak akan ada baju lagi , inilah satu-satunya baju aku”

Sekarang pasangan suami isteri muda itu faham bukan senang nak mencari orang-orang yang betul-betul bahagia di dunia ini. Mereka kembali ke tanah air dan bertemu dengan ilmuan yang menjadi penasihat mereka.

Ilmuan terus bertanya sesudah mendengar cerita pengembaraan pasangan muda tersebut. :“Adakah pengembaraan kamu sia-sia?” “Tidak” jawab mereka . “Kami banyak belajar . Tidak ada manusia yang sempurna , bahagia dan tiada masalah. Yang betul-betul bahagia adalah mereka yang betul-betul mengabdikan diri pada Allah, saperti yang dikatakan Al Qur’an : Al Baqarah ayat 38 bermaksud :

“........maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan dari sesuatu yang tidak baik terhadap mereka , dan mereka pula tidak akan berdukacita”

Pasangan muda tersebut berterima kasih kepada ilmuan yang berpengalaman tersebut dan mereka kembali dengan penuh keyakinan terhadap pertolongan Allah.

Terima kasih kerana meluangkan masa.


Quote of the day





No comments:

Post a Comment