Di satu pasar tani , seorang Imam mempamirkan kudanya untuk dijual. Seorang peminat kuda datang bertanya :
“Bolehkah saya ‘test drive’ kuda ini ?"
Imam berkata “Boleh, tapi kuda ini agak unik, kalau anda hendak kuda ini berjalan, katakan ‘Subhanallah’ . Kalau hendakkan kuda ini berlari , katakan ‘Alhamdulillah’, dan kalau hendak berhenti , katakan ‘Allahu Akbar’
Bakal pembeli pun memulakan tunggangannya : ‘Subhanallah’ , kuda mula berjalan . “Alhamdulillah” , kuda berlari. Kerana kegembiraan menunggang kuda tersebut, dia mengulang perkataan ‘Alhamdulillah’ berkali-kali dan kuda berlari bertambah laju hingga menghampiri gaung.
Panik dan takut, dia tercari-cari perkataan untuk memberhentikan kuda tersebut. Tiba-tiba baru dia teringat ‘Allahu Akbar’ , kuda pun berhenti betul-betul ditepi gaung. Dengan nafas yang sesak, tercungap-cungap, dan gementar dia bersyukur pada Allah ‘Alhamdulillah’. Kuda terus berlari dan masuk kedalam gaung.
Hati-hati dengan apa yang anda lafazkan. Terima kasih.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment