Saturday, December 28, 2013

HARI TANPA PLASTIK





Lepas solat asar tadi saya kekedai beli barang-barang yang dah habis kat rumah. Semasa di kaunter bayaran, juruwang kata kalau nak beg plastik kena bayar 20 sen sehelai. Alamak kalau lima helai dah seringgit. Dah boleh beli tepung atau gula atau garam atau beberapa barangan lain. Maklumlah zaman barang naik ni , kita kena lebih berjimat.Naluri manusia memang begitu, kalau percuma , kita tak berapa ambil berat, atau membazir sahaja. 

Cuba kita lihat kurniaan Allah pada kita seharian , dan entah berapa kali kita mengucapkan Alhamdulillah pada Allah sebagai tanda syukur. Contoh :

1. Udara : Kawan saya baru belikan ayah beliau yang sudah bernafas – oxygen. Satu baling RM 1,200 dan tahan dua setengah jam sahaja.

2. Mata : Banyak kita salah gunakan dengan melihat benda-benda haram. Tengok wayang –bayar. Tengok TV bayar dan naik pula yuran bulanan TV berbayar. Baca majalah-majalah merapu –bayar. Cuba bayangkan kalau Allah kenakan bayaran atas mata dan penglihatan kita.

3. Pendengaran : Percuma sehingga kena penyakit pekak. Kena operate dan bayar macam-macam peralatan bantuan pendengaran. Telinga yang tidak ada masalah pula didedahkan kepada bunyi-bunyi maksiat saperti muzik, umpatan dan gossip.

4. Bau : Dulu saya pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hilang deria menghidu selama tiga tahun. Tidak ada nikmat wangi-wangian . Tidak boleh membezakan kawasan busuk dan kawasan bersih. Sekarang , bila Allah beri semula nikmat menghidu itu , semuanya seolah-olah sudah dilupai.

Banyak lagi senarai nikmat Allah ini boleh ditulis kalau kita mahu merenung. Anda sendiri boleh muhasabah diri masing-masing.

Bersyukurlah . Jangan tunggu hingga kita terpaksa membayar nikmat-nikmat Allah ini, baru kita sedar betapa banyaknya dan bernilainya anugerah Allah ini. Sama-sama kita renungkan dan terima kasih.










No comments:

Post a Comment