Tuesday, December 17, 2013

SELANGOR KERING





Hari ini 17.12.2013 dikatakan satu juta penduduk Selangor akan terputus dari bekalan air. SYABAS – syarikat yang membekalkan air Selangor akan membuat kerja-kerja penyenggaraan menasihatkan penduduk yang terjejas jangan lalai dari membuat persiapan. 

Simpan air . Yang ada penapis air , simpan air tapis. Yang ada pembantu rumah , minta mereka menyimpan air. Yang banyak wang , beli saja kat kedai. Yang anak ramai , ada tangki kedua dan macam-macam gelagat lagi, bila air tidak ada. Yang penting jangan lalai dari membuat persiapan.

Ada satu lagi keadaan yang lebih huru hara, alam kubur. Allah juga telah menasihatkan kita supaya jangan lalai saperti yang dimaksudkan dalam Surah at Takaathur :

Ayat 1 

“Kamu telah dilalaikan ( daripada mengerjakan amal bakti ) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya ( hartabenda, anak pinak , pangkat dan pengaruh)”

Ayat 2

“Sehingga kamu masuk kubur”

Ayat 3

“Jangan sekali-kali ( bersikap demikian)!Kamu akan mengetahui kelak ( akibatnya yang buruk semasa hendak mati )!

Kalau kita lalai untuk membuat persiapan kea lam kubur, tidak ada jalan kembali lagi. Kita sudah ketemu jalan MATI . Tiada ‘U TURN’ , tiada ‘SHORT CUT’, tiada ‘REVERSE’ , tiada ‘RASUAH’ , tiada ‘KUASA’ , tiada ‘KRONI’. Tiada segala-galanya.Yang ada cuma setakat bekalan yang disiapkan semasa didunia dulu. 

Saya mengingatkan diri saya dan anda semua supaya kita tidak ‘LALAI’ didunia ini. Terima kasih.



Quote of the day




No comments:

Post a Comment