Friday, December 13, 2013

HP ROSAK . LETRIK PADAM. AIR TAK ADA




Petang tadi , dalam keadaan kelam kabut hujan dan petir , tiba-tiba hand phone tak boleh pakai. Semasa sampai disurau, tiba-tiba letrik dibahagian muslimat pula padam. Kemudian kawan-kawan pula memberitahu , selasa depan satu juta rakyat Selangor akan terputus bekalan air. 

Ada tiga cara kita boleh menghadapi suasana ini :


1. MERUNGUT. Salahkan kilat. Salahkan hujan. Salahkan pembekal air. Salahkan AJK surau atau salahkan satu dunia sebab sedikit ketidak selesaan kita.

2. BERSABAR. Hadapi suasana dengan tenang . Redha dengan sedikit ujian. Lihat kejadian dari sudut positif . Tak da Hand phone – aman, tenang. Kalau kecemasan , gunakan fon rumah atau ahli keluarga . Tak da letrik , duduk dalam gelap sebentar. Muhasabah diri, ingatkan gelap kubur , ingatkan berapa banyak ujian yang lagi dahsyat semasa ada letrik. TV ‘on’ – tengok macam-macam , music melaung , walaupun dari rumah jiran. Aurat, tak usah cerita lagi. Semua nampak. Syukur dengan sedikit kegelapan Allah selamatkan kita dari berbagai dosa.

3. INGAT MATI . Kalau kita dipanggil Allah , sudahkah kita bersedia? . Amalan kita- sudahkah mencukupi? Dosa kita – sudahkah bertaubat ? ‘HP’ sudah kena potong. Yang ‘on’ cuma doa anak-anak yang soleh. Cahaya kubur –gelap. Cahaya cuma dari amalan baik kita. Air tiada. Bekalan terputus kecuali sedekah jariah. Bekalan yang ada cuma dari ilmu-ilmu manfaat yang kita ajarkan.

Pendek kata, janganlah kita melihat sedikit ujian dari sudut negatif kerana lama kelamaan kita juga yang akan tertekan, terbeban dan mungkin sampai mempersoalkan ketentuan Allah.

Sebaliknya , kalau dilihat secara positif , segala-galanya akan mendatangkan kebaikan dan peringatan atas kita. Orang yang beriman akan sentiasa menggunakan semua keadaan untuk penambahan bekalan kita diakhirat. Kalaupun nak mengadu , mengadulah kepada Allah saperti yang dimaksudkan dalam Surah Yusuf ayat 86 :

“..........dan aku mengetahui ( dengan perantaraan wahi) dari Allah , apa yang kamu tidak mengetahuinya,”

Terima kasih , gunakan waktu ada sebaik mungkin.



Quote of the day




No comments:

Post a Comment