Baru-baru ini saya tertarik dengan beberapa kuntum bunga yang diperbuat dari bahan terbuang Nampak cantik dan halus buatannya. Disangkutkan pula di batang cangkul terbuang. Ia adalah satu projek ‘kitar semula’ yang bermanfaat.
Tapi nanti dulu. Ia bermanfaat di mata sahaja, tapi racun di jiwa. Rupa-rupanya bunga-bunga ini diperbuat dari puntong rokok, yang menyumbang kepada banyak penyakit kepada penghisap , orang di sekeliling dan juga alam sekitar.
Cuba bayangkan amaran demi amaran telah diberi oleh pakar perubatan, ulamak , majlis fatwa, ibu bapa , tetapi manusia tetap ingkar , tak peduli ataupun orang sekarang kata ‘buat dek’ saja
.
Fatwa Majlis Kebangsaan pada 23 March 1995 telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam. Diantara hujah yang digunakan mengharamkan rokok ialah surah Al Baqarah ayat 195 yang bermaksud :
“........Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”
Nak cakap banyak pun tak guna . Tepuk dada tanya Iman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Terima kasih banyak-banyak kerana tidak merokok. Terima kasih.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment