Thursday, December 24, 2009

Berapa "A" nak masuk syurga?


Hari ini diumumkan keputusan Peperiksaan PMR . Ada yang menangis kerana gagal. Ada yang menangis kerana terlalu gembira mendapat keputusan yang amat cemerlang, dan ada yang tak menangis dan tak kisah apa-apa pun. Memang naluri manusia suka kepada kejayaan. Tapi apa yang amat mustahak lagi ialah siapkan diri kita dan anak-anak kita dengan kejayaan yang abadi. Kejayaan di akhirat dan hadiah yang akan diterima akan kekal selama-lamanya-SYURGA. Keputusan yang kita patut matlamatkan ialah "A" bagi semua subjek di bawah:

Rukun Islam
i- Mengucap dua kalimah syahadah - A CEMERLANG
ii- Menunaikan solat lima waktu sehari semalam - A CEMERLANG
iii- Mengeluarkan zakat - A CEMERLANG
iv- Berpuasa di bulan Ramadhan - A CEMERLANG
v- Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan - A CEMERLANG
Rukun Iman
i- Beriman kepada Allah - A CEMERLANG
ii- Beriman kepada Malaikat - A CEMERLANG
iii- Beriman kepada Kitab - A CEMERLANG
iv-Beriman kepada Rasul - A CEMERLANG
v- Beriman kepada Hari Akhirat - A CEMERLANG
vi-Beriman kepada Qada' dan Qadar - A CEMERLANG
Walau berapa pun umur kita, kalau persiapan dimulakan dari sekarang, Insya-Allah kejayaan di akhirat akan pasti tercapai. Segerakan beramal.

1 comment:

  1. Hebat nukilan ini Syeikh,
    Sama juga dgn SPM yg lagi satu tu, yakni "Sijil Padang Mahsyar" jika tak dapat "A" tiada yang terkesan. Inilah yg nak kena kita usahakan bagaimana semua kita boleh dapat "A" dalam SPM tu, tak kira muda ataupun tua.

    ReplyDelete