Formula SATU-d ? Bukan Formula One? Tidak. Hari ini kita tidak berbicara tentang Formula One yang mengejar rekod kelajuan, kepantasan dan glamour, tapi akan berbicara tentang formula yang menjadi impian setiap manusia, iaitu formula yang mencari ketenangan dan kebahagiaan, Insya-Allah. Formula ini amat unik kerana ia boleh diamalkan sesiapa, sama ada orang golongan berada atau golongan yang biasa-biasa sahaja.
Baru-baru ini melalui pembacaan, pengumpulan fakta dari ceramah-ceramah dan perbincangan, saya telah merumuskan satu formula untuk kita amalkan dan mudah-mudahan dapat melahirkan individu yang bahagia, tenang dan sentiasa gembira dengan erti kata yang sebenarnya. Formula itu saya namakan Formula SATU-d.
S : SYUKUR .
Walau apapun yang yang menimpa ke atas kita, semuanya mesti diterima dengan perasaan syukur. Kalau kita sakit, ingatlah ada manusia yang lebih sakit dari kita. Kalau kita miskin, mesti ada orang yang lebih susah dari kita. Jadi....Sentiasalah bersyukur.
A : AMAL
Sentiasa beramal, Jangan tinggalkan yang wajib dan tambah dengan yang sunat-sunat. Kalau tanggungjawab dengan Allah terlaksana, Allah akan mengizinkan satu perasaan transformasi terhadap kita.
T : TAUBAT
Semua manusia tidak terlepas melakukan kesilapan dan dosa. Sebaik-baik manusia ialah mereka yang melakukan dosa dan mengikutinya dengan taubat. Amalkan.
U-d : USAH DENGKI
Manusia yang gelisah ialah mereka yang selalu memendamkan perasaan dengki terhadap orang lain. Hindarkan perasaan itu, Insya-Allah ketenangan akan datang.
Jika tuan-tuan tidak memerlukan Formula ini, sampaikanlah kepada kawan-kawan, keluarga dan ramai lagi manusia yang memerlukan formula untuk ketenangan, ketenteraman dan kebahagiaan. Formula SATU-d.
No comments:
Post a Comment