Sunday, December 27, 2009

Itik yang disiplin

Terdapat beberapa kali semasa saya solat di surau atau di masjid kedengaran kereta-kereta yang lalu-lalang di luar membunyikan hon mereka dengan kuat tanda marah. Sesudah solat kita dapat melihat rupa-rupanya banyak kereta-kereta "jemaah" yang tidak tersusun betul, menghalang aliran kenderaan di jalan raya. Yang lebih menyedihkan lagi ada kereta-kereta jemaah yang menghalang rumah jiran dan persimpangan keluar masuk. Bukankah kita sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain, bukankah umat Islam sepatutnya lebih baik dari orang lain. Bukankah kita sepatutnya menjadi contoh dalam semua aspek kehidupan. Kalau kita tidak memperbetulkan tabiat-tabiat negatif ini, bertambah susahlah kita untuk dijadikan ummah contoh. Tolong, lain kali kita datang awal berjemaah supaya dapat menyusun kereta dengan sempurna dan dapat mencontohi perbarisan ibu dan anak-anak itik yang lebih disiplin daripada kita. Pahala iktikaf pun dapat lebih kepada mereka yang datang awal. Sekian.


No comments:

Post a Comment