Tuesday, December 29, 2009

Selembut hati batu

Semalam saya terjumpa seorang sahabat yang baru balik daripada menunaikan fardhu haji. Beliau yang juga seorang ustaz memberitahu kepada saya, jika kita perhatikan puncak gunung-gunung di Mekah dan Madinah, semuanya tidak tajam. tumpul seperti permukaan tempurung. Ini kerana gunung-gunung itu menghormati tanah suci Mekah dan Madinah.

Satu perkara lagi yang dikatakan juga batu-batu gunung di Mekah tidak sama dengan keadaan batu-batu di Madinah.

Di Mekah, batu-batu gunungnya nampak lebih longgar (porous) kerana dikatakan gerun dan takut apabila Quran diturunkan di Mekah. Manakala batu-batu di Madinah pula lebih pejal kerana menghormati jasad nabi yang berada di Madinah.

Begitulah keadaan batu-batu di dua bandar suci itu yang merasai keagungan Islam itu. Manusia yang hatinya keras dikatakan hati batu, kalau batu yang sebenarnya pun boleh merasai keagungan Islam, mungkinkah hati manusia lagi keras dari batu?

Kita sama-sama mengambil iktibar dari cerita ini dan mudah-mudahan kita dapat melembutkan hati kita untuk mematuhi perintah Allah dan menjauhkan diri dari larangannya.

1 comment:

  1. Soal Hati..hebat topik ini. Nampak ajer hati itu lembut tapi keras hati manusia kini. Mengapa jadi demikian? Jawapannya kerana memiliki hati keras, ialah di serang panyakit mazmumah seperti sombong, panas baran, dan suka perkara bertentangan hukum agama. Ayuh kita muhasabah dan perbetulkan diri, terutama diri saya ini. Make doa for all, insyaallah.

    ReplyDelete