Monday, December 28, 2009

Ciri-ciri ibu bapa yang membina keyakinan anak-anak


Kebanyakan ibubapa mengharapkan anak-anak mereka akan menjadi anak-anak yang sopan-santun dan soleh bila remaja. Mereka juga inginkan anak-anak yang berkeyakinan dan seterusnya berjaya. Walaupun dunia sekarang seolah-olah macam huru-hara tapi masih ada ruang dan cara untuk mendidik anak-anak supaya menjadi lebih berkeyakinan tinggi, tetapi yang perlu ibubapa sama-sama mendidik anak-anak mereka dan bukan membiarkan sahaja anak-anak itu mengikut acuan orang lain.

Diantara didikan yang perlu dititikberatkan ialah :-

1- Sentiasa memastikan anak-anak melaksanakan tanggungjawab kepada Allah s.w.t

2- Bukan sahaja selalu menyebut "ayah/ibu sayang kamu" tetapi selalu menyebut "ayah/ibu sayang kamu kerana...."

3- Bercakap dengan anak-anak pada aras (ketinggian yang sama)

4- Menggunakan bahasa yang mudah tetapi bukan bahasa bayi

5- Mendengar perbualan mereka dengan sabar dan penuh minat

6- Banyak memeluk dan mencium anak-anak

7- Menyusun atur rumah dengan suasana yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak

8 - Melayan setiap anak mengikut karenah masing-masing, bukan menggunakan penyelesaian yang sama untuk semua mereka

9 - Mendisiplin menggunakan hadiah untuk akhlak yang baik dan jangan sesekali menghukum

10- Memberi waktu-waktu yang bernilai untuk bersama anak-anak

11- Beri pujian atas kejayaan kecil dan besar.

12- Bantu dan pujuk anak-anak disaat kegagalan, kesedihan, dan kekecewaan.

13- Libatkan anak-anak bersama orang-orang dewasa dan bukan menjauhkan mereka dari berinteraksi dengan kita.

14- Minta maaf atau akui yang kita tidak tahu jawapan berkenaan sesuatu perkara danjangan memberikan jawapan yang salah.

15- Minta pertolongan kecil dari mereka tetapi jangan memaksa atau membebankan


Selamat mencuba mudah-mudahan Allah perkenankan hajat kita

No comments:

Post a Comment