Friday, September 5, 2014

PASU TAK BERBUNGA




Rata –rata bila saya pergi di kawasan kawasan perumahan di Selangor atau di mana saja di Malaysia, saya akan ternamapak pasu-pasu bunga tersusun di sudut taman kerana tidak di pakai lagi. Kadang-kadang kelihatan pokok-pokok yang sudah mati, tanah hitam yang sudah terbiar. Mungkin tuan rumah telah bosan tanaman tak menjadi atau apa-apa sebab yang lain.

Di sini di turunkan sedikit tips menanam pokok bunga supaya berjaya , Inshaa Allah.




1. Ketahui pokok anda . Buat sedikit penyelidikan – majalah, akhbar atau internet begitu mudah di akses sekarang.

2.  Pastikan pasu cukup besar untuk pokok anda.

3. Letakkan di tempat yang cukup cahaya matahari.

4. Siram sekerap mungkin.

5. Baja mengikut keperluan.

6. Cantas ( pruning ) dahan atau akar mengikut jadual.

Rahsia untuk bunga Ros :



1. Tanamkan kulit pisang di keliling pokok Ros sebagai sumber potassium.

2. Gunakan kulit telur yang di tumbuk sebagai nutren tambahan.

3. Jauhkan serangga atau binatang musuh pokok dengan menggunakan buih sabun.

4. Gunakan ‘duit syiling’ untuk menkutkan lintah bulan. 

Banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk menyuburkan taman anda. Bagi saya yang tidak berapa rajin ini, saya cuma siram pokok-pokok dengan air dari kolam ikan ditaman saya di tambah dengan doa. Alhamdulillah pokok-pokok sentiasa subur.

Terima kasih dan selamat mencuba. 









Thursday, September 4, 2014

TUHAN BARU




Banyak persoalan telah dikemukakan tentang apa hukumnya menonton TV. Halal atau Haram Bagi mereka yang faham jawapannya tentulah jelas. Secara umumnya menonton TV banyak membawa keburukan dari kebaikan :

1. Membuang masa . Banyak mendorong kepada lalai dari melakukan tanggung jawab.

2. Mempamirkan fikrah bukan Islam, ia itu negara-negara yang menerbitkan rancangan-rancangan TV.

3. Mempromosi gejala lucah , bertelanjang dan separuh telanjang, lagu yang menghayalkan dan menjatuhkan maruah dan nilai murni umat Islam.

4. Mencemar akidah umat Islam dengan mempersendakan agama dan memesongkan keyakinan dan keimanan.

5. Meransang muda mudi dengan akhlak keji, mencuri, membunuh, merogol dan banyak perkara negatif  lagi.

6. Bila ketagih dengan TV dan seumpamanya ia akan meracun pemikiran dan mengundang penyakit dan melemahkan daya kerja seseorang.

Untuk menambah sedikit kefahaman tentang gejala TV , kita ikuti video pendakwah antarabangsa 

1. Sheikh Hamzah Yusuf yang baru sahaja mengakhiri siri ceramah beliau di Malaysia. 



2. Sheikh Yusuf EST



Terima kasih kerana sama-sama ingin memperbaiki diri kita .








Wednesday, September 3, 2014

ENAM CARA MEMBENDUNG MARAH




Marah adalah satu sifat yang ada pada setiap manusia normal. Marah perlu ada dan jika digunakan dengan betul ia banyak mendatangkan kebaikan . Umpamanya , marah pada anak-anak kita yang tidak menunaikan kewajipan agama. Marah kalau keluarga melakukan dosa. Marah kalau Islam di hina.

Tetapi bagi ‘marah’ yang negatif pula , ia perlu di bendung dengan segera. Diantara caranya adalah saperti berikut :

1. Berwudhuk.

2. Baca “Aku berlindung dari syaitan yang di rejam”

3. Buat kerja-kerja yang melibatkan fizikal.

4. Maafkan mereka yang bersalah , mudah-mudahan Allah mengampunkan kita.

5. Jika kemarahan terus meningkat , awas, bencana saperti penceraian , pergaduhan mungkin berlaku.

6. Jangan bergerak sehingga anda tenang.

Peringatan :

Semasa anda gembira jangan berjanji. Semasa marah jangan buat keputusan . Ingatlah Allah sentiasa memerhatikan gerak geri kita. Terima kasih atas waktu anda.